Universiti Kebangsaan Malaysia Chemistry

By | February 15, 2018

Universiti Kebangsaan Malaysia Chemistry

Universiti Kebangsaan Malaysia Chemistry,  chemistry is a program offered in  Universiti Kebangsaan Malaysia  under the Faculty of Science and Technology. Applicants who are interested in chemistry should read the course details and apply now.

 

Bachelor of Science (Chemistry) (Hons)

Offered by: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / The National University of Malaysia
Exam Body Internal Degree, Malaysia
Course Duration 8 Sem
Part Time/Full Time Full Time
Fees 600/sem
Faculty Faculty of Science and Technology
Conducted entirely in Malaysia Yes
Awarding Country Malaysia
Level of Study Bachelor's Degree Level
Field of Study Science (Life Science/Physical Science/Applied Science)
Stream Requirements Science Stream
Course Description Kimia bermula dengan kajian tentang jirim dan perubahan atau tindak balas yang berlaku terhadapnya. Tindak balas pula boleh menghasilkan pelbagai produk yang mempunyai struktur molekul yang mudah dan rumit. Atom membentuk molekul dan seterusnya molekul membentuk sebatian, jasad dan bahan sama ada yang hidup atau bukan hidup. Sifat atom mempengaruhi pembentukan dan sifat sesuatu jirim yang mungkin dalam bentuk sebatian, mineral dan batuan, sel, DNA, komposit, polimer, pestisid dan sebagainya. Perkembangan teknologi dan komputer membolehkan struktur sesuatu molekul dan bahan direkabentuk serta sifat atau tabiatnya disimulasikan. Dengan kata lain, bahan boleh direkabentuk mengikut kehendak pengguna atau aplikasinya. Oleh yang demikian, bidang kimia telah merentas sempadan antara bidang kerana hampir semua bidang sains asas seperti biologi, geologi, pertanian, fizik, sains bahan, pembuatan, kejuruteraan kimia dan sebagainya memerlukan kimia. Oleh yang demikian peranan ahli kimia dalam alaf baru lebih dinamik dan diperlukan dalam pelbagai bidang dan kerjaya yang kini bercorak lebih kepada multidisiplin.

Objektif utama program ini dirangka adalah untuk memberikan ilmu kimia yang menyeluruh dan terkini supaya dapat digunakan dalam menghadapi cabaran untuk memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Pembelajaran kimia akan menitikberatkan pengetahuan asas dalam kimia fizik, organik dan tak organik. Aspek kimia gunaan pula merangkumi kimia analisis, polimer, alam sekitar, farmasi, pemangkinan dan ilmu kimia semasa. Peringkat 1000 dan 2000 merupakan tahap pembinaan ilmu asas kimia. Pengukuhan dan penghayatan ilmu kimia akan dapat diterapkan melalui kursus berbentuk aplikasi dan terkini di peringkat 3000. Pelajar kimia juga didedahkan kepada teknik dan instrumentasi terkini dalam analisis kimia semasa amali dan latihan ilmiah di mana pelajar akan melakukan penyelidikan di bawah penyeliaan ahli akademik. Latihan industri juga digalakkan supaya pelajar dapat menimba pengalaman komunikasi pengurusan dan kemahiran dalam suasana di tempat kerja. Siswazah kimia kini boleh ditemui dalam pelbagai bidang pekerjaan baik di industri mahu pun di agensi kerajaan.

Entry Requirements KELAYAKAN MINIMUM STPM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

• Chemistry

• Mathematics T / Further Mathematics T

• Physics / Biology

KELAYAKAN MINIMUM MATRIKULASI

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

• Chemistry / Engineering Chemistry

• Mathematics / Engineering Mathematics

• Physics / Engineering Physics / Biology

All fees are in RM (Ringgit Malaysia) currency unless stated otherwise.