Visi Dan Misi Universiti Teknologi Malaysia

Visi Dan Misi Universiti Teknologi Malaysia

Visi Dan Misi Universiti Teknologi Malaysia,check out Visi Dan Misi Universiti Teknologi Malaysia below

 

Visi Dan Misi

Wujudnya idea untuk membina laman weblog PAP UTM (KPAP UTM) ini ilham dan inspirasi yang diperoleh oleh anggota Urusetia@ AJK KPAP UTM iaitu En.M.Zulkafli bin Md.Hanapiah, En.Mohd.Maizushah bin Hj.Isam, En.M.Shahrulnizam bin Abdullah dan En.Abdul Samad bin Abdul Razak yang secara tidak langsung mendapat idea yang dicetus oleh mantan Naib Canselor UTM iaitu Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang telah membuat satu TRANFORMASI di UTM dan kini telah berkhidmat sebagai Secretary General II di Ministry Of Education MalaysiaSelain itu Pembantu Am Pejabat UTM juga telah menyahut cabaran untuk mentransformasikan KPAP UTM dari segi minda yang berfikiran di luar kotak, budaya Ilmu berdaya saing dan berinovasi kreatifviti serta berintegriti, perlu ada di setiap warga Pembantu Operasi UTM JB dan UTM KL.
Tujuan laman web ini diwujudkan adalah “untuk mengasah bakat yang ada di kalangan warga kampus UTM JB dan UTM KL, khasnya Pembantu Am Pejabat untuk berkongsi  idea dan pendapat sesama warga UTM JB dan UTM KL“.Menaikkan lagi taraf perkhidmatan dalam bidang kerjaya Pembantu Am Pejabat UTM. Merancang dan menjayakan aktiviti ahli kelab Pembantu Am Pejabat UTM. Membina dan meningkatkan lagi bidang kerjaya ahli kelab Pembantu Am Pejabat UTM melalui aktiviti semasa di dalam kampus mahupun di luar kampus. Mendedahkan lagi bahawa Pembantu Am Pejabat UTM melibatkan diri dengan NGO-NGO luar serta penglibatan dengan sukarelawan di kawasan komuniti masing-masing. Membantu kebajikan ahli kelab Pembantu Am Pejabat UTM.
Dalam tempoh dua tahun hingga ke tahun 2013 Kelab PAPUTM telah di kenali di peringkat pengurusan dan universiti amnya,kini kelab Pembantu Am Pejabat UTM berusaha untuk di kenali di peringkat  IPTA dan global. Dengan adanya laman web ini Kelab PAP UTM telah pun bergabung bersama laman web UTM dan juga UTMOnline bagi membantu menaikkan lagi Ranking web UTM di peringkat Global. Kelab PAP UTM telah pun mengembangkan sayapnya ke peringkat global bersambung bersama laman sosial seperti Facebook.