Universiti Malaysia Sabah Pascasiswazah

Universiti Malaysia Sabah Pascasiswazah

Universiti Malaysia Sabah Pascasiswazah,below is Universiti Malaysia Sabah Pascasiswazah

 

Fakulti Psikologi Dan Pendidikan (FPP) adalah dalam pengendalian program pengajian pascasiswazah yang terbesar dan pelbagai di UMS.  Dengan kemasukan pelajar melebihi tiga ratus orang, FPP bergiat untuk menjadi peneraju dalam pengajian pascasiswazah.  Pada masa ini, FPP menawarkan dua mod pengajian pascasiswazah iaitu melalui kerja kursus dan penyelidikan.
PENGAJIAN PASCASISWAZAH (KERJA KURSUS)
Terdapat dua program yang ditawarkan melalui mod Kerja Kursus separuh masa iaitu:
BIDANG PSIKOLOGI:
1.    Sarjana Pisikologi(Kaunseling)
2.    Diploma Siswazah dalam Penyalahgunaan Dadah

BIDANG PENDIDKAN
1.    Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
2.    Sarjana Pendidikan (TESL)
3.    Sarjana Pendidikan (Komputer dalam Pendidikan)
4.    Sarjana Pendidikan (Sains)
5.    Sarjana Pendidikan (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
6.    Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Rekabentuk)

PENGAJIAN PASCASISWAZAH (PENYELIDIKAN)
Pengajian pascasiswazah dalam mod penyelidikan ditawarkan dalam kedua-dua tahap Sarjana dan PhD secara separuh masa atau sepenuh masa.
Pelajar yang mengikuti program pascasiswazah penyelidikan ini akan dijuruskan ke dalam bidang-bidang seperti:
BIDANG PSIKOLOGI
1. Doktor Falsafah (Doktor Falsafah)
Psikologi Industri dan Organisasi
Psikologi Kanak-Kanak dan keluarga
Psikologi Kaunseling
2. Sarjana (MPhil.)
Psikologi Belia dan Masyarakat
Psikologi Industri dan Organisasi
Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga
Kerja Sosial
3. Sarjana Psikologi (MPsy.)
Psikologi Belia dan Masyarakat
Psikologi Industri dan Organisasi
Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga
Kerja Sosial

BIDANG PENDIDIKAN
1.    Pendidikan Guru
2.    Kurikulum
3.    Pengurusan Pendidikan
4.    Pembangunan Organisasi dalam Pendidikan
5.    Sosiologi Pendidikan
6.    Pendidikan
7.    Pendidikan dalam Sains/Sains Sosial/Ekonomi/Bahasa Inggeris
8.    Sains Sukan

KELAYAKAN

Kemasukan dalam program Sarjana (kerja kursus dan penyelidikan), seseorang calon perlu mempunyai Sarjana Muda dengan Kepujian  dalam bidang yang berkiatan. Untuk Pengajian pendidikan, calon haruslah mempunyai Diploma/Sijil perguruan ataupun Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian yang berkaitan dengan bidang daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat.
Bagi kemasukan program PhD (secara penyelidikan), calon harulah mempunyai Ijazah Sarjana Pendidikan untuk program Pendidikan dan Ijazah Sarjana Psikologi bagi program Psikologi atau yang berkaitan dengan bidang daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat.
PENGANUGERAHAN IJAZAH

Pelajar yang mengikut program Sarjana mod Kerja Kursus perlu menlengkapkan kursus dan lulus 40 jam kredit termasuk disertasi.

Bagi pelajar sarjana mod Penyelidikan, pelajar perlu menyiapkan satu tesis dan lulus daripada pemeriksaan dalam dan luar.

TEMPOH MASA PENGAJIAN

Kerja Kursus (separuh masa) : 2-4 tahun (tidak melebihi 8 semester)

Maklumat Pengajian

Kerja Kursus hanya dilaksanakan pada hujung minggu (sabtu dan ahad) sahaja.  Kuliah untuk setiap kursus 56 jam untuk satu semester. Setiap semester akan ditawarkan 2 kursus yang mempunyai 4 jam kredit untuk satu kursus. Pelajar perlu melaksanakan kerja kursus dan mengikuti peperiksaan setiap semester. Pembentangan kertas kerja disertasi akan dilaksanakan pada semester 3 dan menghantar disertasi lengkap pada semester 4.  Secara keseluruhan, terdapat