Universiti Malaysia Pahang Bendahari

Universiti Malaysia Pahang Bendahari

Universiti Malaysia Pahang Bendahari,below is Universiti Malaysia Pahang Bendahari

 

VISI

Memaksimakan kekayaan organisasi melalui sumber kewangan dan bukan kewangan dengan efektif dan efisyen.

 

MISI

Memberikan perkhidmatan kewangan dan memastikan pengurusan yang berkualiti dilaksanakan dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kedudukan kewangan universiti kukuh dan terkawal.

 

OBJEKTIF

 

1)     Menjana pendapatan dan menyediakan sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai pengurusan dan pembangunan universiti.

2)     Menentukan sumber kewangan dibelanjakan mengikut had yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah universiti (LPU)

        UMP serta mengikut akta, dasar dan peraturan kewangan universiti yang telah ditetapkan.

3)     Memperakaunkan semua transaksi kewangan sepertimana yang diperuntukkan oleh akta,

        dasar dan peraturan kewangan universiti.

4)     Memberi perkhidmatan Pengurusan Kewangan kepada pihak yang berkepentingan (stakeholder)

 

Edited Copy1
PENGENALAN :

Bahagian Pengurusan Aset adalah salah satu bahagian di Jabatan Bendahari yang bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut tatacara yang telah ditetapkan untuk mencapai misi dan visi Jabatan Bendahari.

OBJEKTIF :
  1. Unit  Pengurusan  Aset  adalah  bertanggungjawab  untuk  memantau pengurusan  semua  Aset  Alih & Inventori  Jabatan/  PTJ  di  bawah  kawalannya meliputi:-\
               a-  Penerimaan;
                b-  Pendaftaran;
                c-  Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan;
                d- Penyelenggaraan;
                e-  Pelupusan; dan
                f-   Kehilangan dan Hapus Kira.
          2-  Menguruskan  pelantikan  Pegawai  Aset,  Pegawai  Pemeriksa, Lembaga
                Pemeriksa  Pelupusan, Pegawai Penerima dan Jawatankuasa  Penyiasat;
         3-  Menjadi  Urus  Setia  kepada  Mesyuarat  Jawatankuasa  Pengurusan  Aset Kerajaan (JPAK) Jabatan/PTJ;
         4-  Menyelaras  Laporan  Suku  Tahun  daripada  Jabatan/  PTJ  untuk dibentangkan
               dalam Mesyuarat JPAK yang akan diadakan sebanyak 4 kali setahun (pelaporan diadakan setiap suku tahun);
         5-  Mendapatkan  Laporan  Tahunan  Pengurusan  Aset  Alih & Inventori Jabatan/ PTJ
          6-  Menyediakan  dan  mengemukakan  Laporan  Pengurusan Aset Kerajaan ke Perbendaharaan Malaysia
                sebelum 15 Mac tahun berikutnya.

FUNGSI / PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:

  1. Unit  Pengurusan  Aset  adalah  bertanggungjawab  untuk  menguruskan  semua  Aset  Alih & Inventori  Jabatan/  PTJ di  bawah  kawalannya meliputi:-
  1. Pengurusan & Kawalan Penerimaan Aset / Inventori di PTJ;
  2. Pengurusan & Kawalan Pendaftaran Aset / Inventori di PTJ;
  3. Pengurusan & Kawalan Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan Aset / Inventori di PTJ;
  4. Pengurusan & Kawalan Penyelenggaraan Aset / Inventori di PTJ;
  5. Pengurusan & Kawalan Pelupusan Aset / Inventori di PTJ; dan
  6. Pengurusan & Kawalan Kehilangan dan Hapus Kira Aset / Inventori di PTJ.