UMK TUAN RUMAH PERSIDANGAN ANTARABANGSA LITERASI MEDIA (ICMEDILT) 2018

UMK TUAN RUMAH PERSIDANGAN ANTARABANGSA LITERASI MEDIA (ICMEDILT) 2018

 

UMK TUAN RUMAH PERSIDANGAN ANTARABANGSA LITERASI MEDIA (ICMEDILT) 2018

 

Dunia kini berhadapan dengan perubahan dengan sangat pesat menjadikan kita berada dalam dunia tanpa sempadan, mudah dihubungi dan dihujani  dengan berbagai maklumat dengan ledakan digital yang secara umum dikategorikan mengikut impak yang dibawa.

Maklumat ini yang hadir dalam bentuk media cetak, elektronik, internet, dan berbagai  enjin seperti FB, Twitter, whatapps, Instagram yang  yang kesemuanya dikelompokkan sebagai media baru.

Siapakah yang sebenarnya bertanggung jawab untuk memastikan maklumat yang diterima tidak akan memberi impak negatif kepada masyarakat dan Negara? Yang ingin ditekankan adalah masyarakat sebenarnya bertanggung jawab dalam pengurusan ledakan maklumat ini, pelajar, ibu bapa, guru, pemimpin tempatan,  ahli masyarakat dari semua profesion dan setiap individu dalam masyarakat.

Tugas pemerintah atau kerajaan adalah untuk menyediakan ekosistem digital bagi tujuan  mendidik  rakyat dalam  mengendalikan maklumat ini. Ini adalah sebenarnya maksud media literacy iaitu memberi pendidikan untuk mengendalikan maklumat.

Seluruh masyarakat perlu sedar yang maklumat yang banyak ini atau dikenali sebagai Data Raya sekira tidak dikawal secara bijaksana ia boleh memberi impak yang merosakkkan. Sebaliknya, maklumat ini perlu dikendali untuk memberi faedah yang besar.

Justeru itu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) selaku sebuah Universiti Awam (UA) di negara ini berkoloborasi  dengan enam buah negara menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Literasi Media atau International Conference Media Litearcy-ICMEDLIT 2018, yang berlangsung selama dua hari di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor, pada 5 hingga 6 Mac 2018.

MedLit atau Media Literacy merujuk kepada kemampuan ahli atau individu dalam masyarakat untuk memahami  peranan penting media dalam mengubah masyarakat dan menentukan kestabilan sosio-ekonomi serta politik sesebuah Negara.

Beliau berkata, kita sedia maklum bahawa media adalah alat yang menjana maklumat sama ada secara bercetak, elektronik atau media baru dengan berbagai sumber.

Media literacy atau celik media ini memberi pengertian bahawa seseorang yang celik media bukan hanya akan mampu untuk memperoleh maklumat, tetapi menggunakan dengan bijak, menilai dan mewujudkan maklumat baru membuat  pentafsiran yang berasaskan pengetahuan yang sebenar.

Mereka yang mempunyai keupayaan celik media yang rendah akan menerima maklumat seperti ianya disampaikan dan gagal untuk membuat penilaian ke atas maklumat yang diperoleh.

Menurut Ketua Projek UMK ICMEDLIT & Pengerusi 1st International Media Literacy for Social Change (ICMEDLIT) Conference 2018, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, media literacy menjadi nyata apabila sesebuah masyarakat didokong oleh sistem serta budaya media yang mantap dimana tahap media literacy itu berubah dari sebuah Negara ke Negara yang lain, dan perubahan ini dikaitkan dengan kepelbagaian dalam sistem dan budaya media dalam masyarakat sesebuah Negara.

Beliau berkata, persidangan ini adalah satu wadah untuk menjelaskan dan memberi kesedaran  kepada masyarakat  bahawa  dunia teknologi maklumat ini akan mampu menentukan halatuju sebuah Negara.

”Persidangan ini dianjurkan bersama dengan enam buah Negara iaitu Thailand, Vietnam, Austria, Netherlands dan Germany  yang menganggotai  geran penyelidikan dalam media literacy di bawah Geran Erasmus + Kesatuan Eropah.

”Kita akan dapat lihat, peranan media dalam menilai pembangunan  sosio-ekonomi  serta kestabilan politik sesebuah Negara, di samping mengukuhkan nilai dan budaya negara,” katanya.

Tambah beliau, persidangan ini akan dihadiri oleh pengamal media dan ahli akademik dari berbagai Negara yang terlibat dalam penyelidikan serta program yang berkaitan dengan pengurusan maklumat dan perkembangan media.

Katanya, persidangan ini juga sesuai dihadiri oleh masyarakat umum oleh kerana isu media literacy pada masa kini merupakan isu masyarakat, yang melanda masyarakat dari semua peringkat.

”Bertepatan dengan tema persidangan ini adalah Media Literacy for Social Change, yang memberi pengertian bahawa media mampu mengubah masyarakat sama ada dari segi pembangunan fisikal tetapi yang lebih penting dari segi nilai dan budaya masyarakat.

”Dalam persidangan ini, kita akan dapat dengar perkongsian ilmu dalam media yang dikaitkan dengan isu komunikasi politik, integriti, pembangunan masyarakat, keusahawanan, penggunaan teknologi, impak kepada sistem media dan peranan media secara menyeluruh,” katanya.

Turut diadakan pertandingan dalam penyediaan MOOC dan juga penghasilan TV serta pameran peluang kerjaya dalam bidang media, kewartawanan, teknologi dalam media dan penggunaan media dalam berbagai bidang yang lain.

Selain itu, berlangsung juga pameran Mini TV serta Bengkel Robotik.

Sementara itu, segmen Tokoh bicara daripada pengamal seperti Saudara Suhaimi Sulaiman turut memeriahkan ICMEDLIT di samping tokoh sarjana barat seperti Professor Emeritus Thomas Bauer, dan beberapa tokoh pengamal media dari ranatau ASEAN turut serta berkongsi ilmu dan kepakaran kepada peserta ICMEDLIT.

Prof. Dato’ Dr. Ibrahim berharap dengan penganjuran persidangan untuk memberi satu kesedaran baru bahawa media merupakan salah satu bidang multidisiplinari yang melibatkan semua lapisan masyarakat.

Katanya, pada abad ini adalah adalah penting bahawa masyarakat tahu bahawa media kini telah berada dekat dengan kehidupan kita sehingga ia telah mampu mengubah struktur, nilai, budaya serta amalan harian dalam kehidupan ini .

”Ini berlaku apabila masyarakat disogokkan dengan dengan berbagai maklumat dari berbagai sumber.

”Oleh yang demikian, adalah sangat penting masyarakat perlu dididik untuk menilai setiap maklumat yang diterima agar kehidupan masyarakat tidak ditentukan oleh media tetapi masyarakat perlu bijak untuk disesuaikan agar ia menjadi agen dalam  pembangunan Negara,” katanya.

Persidangan MEDLIT julung kali diadakan ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri bagi Integriti dan Ombudsmen, YB. Dato’ Talib Zulpilip manakala majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Dr. Mary Yap Kain Ching.