SEGI University Pages

Segi University Perak

Segi University Perak

Segi University Perak. For Segi University Perak Check out the information provided below

 

SEGi University College buka kampus baru di Perak

Perak Hari Ini

Perak mara setapak lagi dalam mencapai wawasan menjadi destinasi pendidikan bertaraf dunia apabila salah satu institusi pendidikan swasta terbesar di Malaysia, SEGi University College membuat keputusan untuk membuka kampus baru di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abduk Kadir ketika mengumumkan berita gembira itu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Ipoh, berkata kerajaan negeri sudah mengenalpasti tapak seluas antara 20 hingga 24 hektar di Jalan Ipoh-Lumut, berdekatan Tronoh bagi membina kampus universiti berkenaan yang dijadual bermula tahun ini.

SEGi University College yang memiliki 35 tahun pengalaman dalam dunia pendidikan membuat keputusan untuk melebarkan sayap mereka di Perak dengan mewujudkan kampus baru yang akan menawarkan beberapa program berkaitan sains dan seni.

“Kampus ini akan menawarkan pelbagai program di peringkat ijazah dan diploma dalam bidang kesihatan, kejuruteraan, pengurusan perniagaan, seni dan rekaan serta kursus pelancongan.

“Inisiatif ini juga pastinya memberi manfaat kepada rakyat Perak kerana universiti terbabit menjadi rakan kongsi akademik kepada universiti terkemuka dunia seperti University of Sheffield, Sunderland University, University of Greenwich dari United Kingdom serta University of Southern Queensland (Australia) dan Upper Iowa University (Amerika Syarikat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zambry menjelaskan, berita gembira itu menyusul selepas Premier International University of Perak (PIUP), universiti baru bertaraf penuh membuka kampusnya di Perak dan sudah mula mengambil pelajar bagi mengikuti pelbagai kursus ditawarkan.

“Dengan wujudnya PIUP ini, ia akan menjadikan Perak sebagai sebuah pusat perkembangan pendidikan yang terkenal di Malaysia.

“Terbaru, Segi University College pula diberi kelulusan untuk membuka kampusnya di Perak dan apabila siap kelak, ia dijangka menampung 8,000 pelajar dan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini,” katanya.