Jurnal Universiti Malaysia Sabah

Jurnal Universiti Malaysia Sabah

Jurnal Universiti Malaysia Sabah,below is Jurnal Universiti Malaysia Sabah

 

Jurnal | Journal

 

Jurnal Komunikasi Borneo ialah untuk menjadi medium utama diskusi berkaitan dengan falsafah, teori dan interpretasi dalam bidang komunikasi, khususnya, kajian di Borneo yang meliputi Negara Brunei Darussalam, Kalimantan Indonesia, Sarawak dan Sabah, Malaysia. Ia juga sebagai wadah utama dalam perkongsian hasil penyelidikan antara penyelidik Universiti Malaysia Sabah(UMS) dan universiti luar, institusi penyelidikan dan/atau Majlis Penyelidikan Borneo daripada pelbagai jurusan ilmu berkaitan dengan komunikasi di Borneo.

Sila Rujuk:Laman Rasmi JKoB

 

jkob

“Gendang Alam” diterbitkan sekali setahun oleh Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Tujuan utama jurnal ini adalah menerbitkan hasil penyelidikan yang diselenggarakan sarjana dan penyelidik dalam bidang pengajian seni, termasuk aspek seni visual, kraf tangan, busana, penulisan kreatif, sastera, drama, tarian dan muzik.

MANUSKRIP

Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain. Manuskrip harus ditaip langkau dua baris dengan ruang besar di kedua-dua tepi untuk memudahkan dimasukkan ulasan daripada penilai. Pada halaman pertama manuskrip harus dinyatakan tajuk, nama pengarang, alamat surat menyurat, alamat emel dan institusi atau nama tempat kerja penulis. Pengarang yang manuskripnya telah “diterima atau tidak” untuk penerbitan akan dimaklumkan oleh Ketua Editor dalam tempoh tiga (3) bulan. Semasa manuskrip dalam proses penilaian, penulis bertanggungjawab memaklumkan editor tentang perubahan alamatnya. Editor berhak untuk menyunting manuskrip yang difikirkan wajar.

PENGHANTARAN MANUSKRIP

Dua (2) salinan makalah yang dicetak (hard copy) bersama sekeping CD yang mengandungi soft copy hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Editor Gendang Alam, Fakulti Kemanusiaan,Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Faks.: 088-320344
Atau melalui penghantaran elektronik kepada: gendangalam@gmail.com

 

Journal of Arts

GENDANG ALAM JILID 3, 2012

ISSN 2180-1738

PENERBIT: FAKULTI KEMANUSIAAN,SENI DAN WARISAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH