Fellowship Universiti Malaysia Pahang

By | March 16, 2018

Fellowship Universiti Malaysia Pahang

Fellowship Universiti Malaysia Pahang,below is Fellowship Universiti Malaysia Pahang
 

SKIM ‘FELLOWSHIP’
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
merupakan IPTA yang menawarkan kursus-kursus dalam bidang
kejuruteraan mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakan
untuk memohon skim ‘Fellowship’ UMP.
TUJUAN
Mengenalpasti bakal-bakal tenaga pengajar yang berkelayakan
untuk ditawarkan biasiswa SLAB/SLAI Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. Mereka yang berjaya mendapat tajaan tersebut
boleh dipertimbangkan untuk menjawat jawatan pensyarah,
sekembalinya mereka daripada pengajian lanjutan (dengan
jayanya) di peringkat sarjana atau doktor falsafah.
TERMA DAN SYARAT KELAYAKAN PELANTIKAN
SYARAT LANTIKAN
Pengajian Tempatan
· Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya
Kelas Kedua Tinggi atau CGPA 3.5 ke atas atau Ijazah
Sarjana yang diiktiraf.
· Kepujian Bahasa Malaysia diperingkat SPM/MCE.
Pengajian Luar Negara
· Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya
Kelas Kedua Tinggi atau CGPA 3.5 ke atas atau Ijazah
Sarjana yang diiktiraf.
· Kepujian Bahasa Malaysia diperingkat SPM/MCE.
· IELTS : 6.5 >
· TOFEL : 580 (Paper-Based), 200 (Computer-Based)
HAD UMUR
Calon Ijazah Sarjana – tidak melebihi 30 tahun
Calon Ijazah Kedoktoran – tidak melebihi 45 tahun
TARAF PELANTIKAN
Pelajar (Felo)
IKATAN PERJANJIAN
Felo akan terikat untuk berkhidmat dengan UMP bagi tempoh
yang berdasarkan kepada dokumen perjanjian yang
ditandatangani dan juga jangkamasa yang mana calon telah
diluluskan pemindahan ikatan kontrak dari satu Jabatan atau
Pinjaman / Dermasiswa / Yayasan ke UMP yang berkuatkuasa
mulai tarikh calon melapor diri sebaik sahaja tamat pengajian
PhD / Sarjana dengan jayanya.
TEMPOH PENAJAAN
NEGARA PERINGKAT
PENGAJIAN
TEMPOH
PENAJAAN
UK
SARJANA 12 bulan
Ph.D 36 bulan
USA, MALAYSIA
LAIN-LAIN NEGARA
SARJANA 18/24 bulan
Ph.D 36 bulan
PROSES KELULUSAN PERMOHONAN
Semua permohonan untuk mengikuti Skim ‘Fellowship’ UMP
akan dipertimbang dan diluluskan oleh Panel Mesyuarat
Pembangunan Sumber Manusia sedia ada dan perlu melalui proses
temuduga yang dipengerusikan oleh YH. Naib Canselor.
PEMBAYARAN ELAUN
 Elaun Peribadi akan dibayar oleh Jabatan Bendahari, UMP.
 Elaun-elaun lain yang berkaitan pada kadar bujang akan
dibayar oleh KPT (Biasiswa SLAB/SLAI)
 Bagi calon yang membawa keluarga, elaun-elaun serta bakibeza
elaun-elaun berkaitan keluarga akan dibayar oleh
Jabatan Bendahari, UMP.
Calon perlu memaklumkan kepada pihak universiti sekiranya
menerima Biasiswa atau sebarang bentuk bantuan kewangan dari
luar semasa pengajian. UMP / KPT hanya membayar kadar
perbezaan sekiranya bantuan luar yang diterima kurang daripada
kadar biasiswa SLAB/SLAI. Sekiranya Felo tidak melaporkan
kepada pihak UMP mengenai perkara ini, tindakan boleh diambil
oleh UMP/KPT
TEMUDUGA
Calon-calon yang berminat, sila hantar salinan CV kepada
alamat seperti di bawah :
JABATAN PENDAFTAR
Universiti Malaysia Pahang, Lebuhraya Tun Razak
26300 Gambang, Kuantan, Pahang
( u/p : Unit Perjawatan & Cuti Belajar )
Phone: +609 549 3239 / 2504 /ext. 8075 Fax: +609 549 9181
E-mail: recruitmenthr@ump.edu.my
Website : www.ump.edu.my
Facebook : hrmdregistrar.ump@gmail.com